Skip to main content

Pokok Gingseng Cina [pokok akar som]

Assalamualaikum 

Alhamdulillah pokok ginseng Cina yang di tanam dalam pasu makin banyak dan saya guna dalam masakan. Subur pokoknya, kena pula hari-hari jirus. Pokok ini dah ada di laman rumah dah dekat 2 tahun, saya sangat sukakannya sebab sangat mudah di tanam dan tidak perlukan penjagaan yang rapi. Tapi, khasiatnya cukup banya.
Pokok Akar Som juga dikenali sebagai gingseng Cina sering kali digunakan dalam perubatan tradisional. Akar pokok ini dikatakan dapat membaiki pengaliran, meningkatkan sumber darah, mencergaskan dan membantu pemulihan daripada penyakit.
Rénshēn ialah nama umum untuk beberapa tumbuhan yang dihargai untuk sifat perubatannya, tetapi nama tersebut paling biasa dikaitkan dengan genus Panax. Penggunaannya dapat dikesani dalam herba Cina dari sekitar tahun 600 Masihi; walaupun herba-herba ketika itu tidak wujud sepenuhnya, ia disebut dalam buku panduan kemudian, Bencao gangmu, oleh Li Shizhen. Pada masa awal itu, rénshēn (jelasnya Panax ginseng) merupakan barang perdagangan dan ufti yang diimport dari Manchuria ke China.  Dakwaan bahawa penggunaan ginseng oleh kaum Cina bermula sejak dari 3,000, 5,000, 7,000, atau 10,000 tahun dahulu kekadang dibuat, tetapi ia hanya merupakan sebuah tekaan pada keseluruhannya.

Ginseng Amerika, Panax quinquefolius, telah digunakan oleh orang asli Amerika Utara di kawasan-kawasan tengah dan timur sejak sekurang-kurangnya 290 tahun dahulu (mungkin jauh lebih lama, tetapi ini sekali lagi merupakan tekaan), dan dikenali khususnya oleh penutur-penutur bahasa-bahasa Iroquoian dan Algonquian.

Disebabkan Pokok Akar Som semakin kurang di Asia timur, penanamannya diperkembangkan di Korea pada sekitar tahun 1700, akan tetapi penanamannya terbukti tidak mudah. Panax quinquefolius mula dituai secara sistematik untuk eksport komersil ke China pada awal abad ke-18. Ini kemudian mengakibatkan kekurangan di Amerika Utara juga, dan penanaman komersil Panax quinquefolius diperkembangkan di Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-19.

Khasiat dan kegunaan

Ginseng jawa atau som jawa dapat meningkatkan tenaga tubuh dan tenaga batin. Akar ginseng jawa mengandungi saponin dan flavonoid. Ia baik untuk menguatkan paru-paru dan bersifat afrodisiak. Daunnya mengandungi saponin, flavonoid dan steroid. Saponin bersifat antiradang. Flavonoid dapat merawat pembengkakan, jangkitan bakteria, antivirus dan antihistamin. Tannin pula bersifat sejuk.

Akar ginseng jawa berkhasiat untuk mengatasi badan yang lesu, pening, lemah tenaga batin, batuk, cirit birit, pusingan haid yang tidak teratur, masalah keputihan dan menambah pengeluaran susu ibu. Daunnya pula berkhasiat untuk melancarkan pengeluaran susu ibu, merawat bisul dan menambah selera makan.

Akar ginseng jawa yang segar dibersihkan dan dipotong kecil-kecil. Ia direbus menggunakan dua gelas air sehingga tinggal segelas. Tapis dan sejukkan air rebusan tersebut. Minum air rebusan dua kali sehari dipercayai dapat menambah tenaga dan tenaga batin(seksual). Daun ginseng jawa segar yang ditumis dan dimakan sekurang-kurang dua kali dalam satu hari dapat menambah pengeluaran susu ibu dan menambah selera makan. Untuk merawat bisul, daun ginseng jawa segar dibersihkan dilumatkan dan dicampur sedikit gula merah. Ia ditampal pada bisul dan dibalut.


Comments

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Post a Comment